Anda Mencari Aplikasi SMS 

Yang Mampu Dimiliki ?

 

Mengapa Berbelanja Lebih 
Sedangkan Anda Hanya Perlu Membayar
Serendah RM1 Sehari ?

 

 

Dapatkan Aplikasi SMS Mengikut Pilihan Anda
Yang Murah dan Tiada Kos Tersembunyi 

 

  

 

MeDari Meja Irwan Dahnil

Sabtu, 1 November 2008
RE : JANGAN ULANGI KESILAPAN SAYA!

Rakan-rakan yang saya hormati,

Terima kasih kerana melawati laman web ini. Anda tentunya menjumpai laman web ini melalui laman web atau blog saya, oleh itu anda tentunya salah seorang yang tentu berminat untuk mendapatkan sistem SMS.

Nanti dulu ! 


Saya bukan ingin menjual apa-apa kepada anda. Laman web ini bukan seperti laman web jualan yang ingin meyakinkan anda untuk membeli produk mereka. Saya cuma ingin berkongsi dengan anda penyelesaian kepada banyak masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang. Mungkin anda antara mereka yang akan mendapati penyelesaian yang ingin saya sampaikan ini berguna, menjimatkan dan meyakinkan. 

Anda tidak rugi apa-apa sekira terus membaca...

Pengajaran Tahun 2001

Saya mula serius mempelajari mengenai selok belok perniagaan SMS bermula pada tahun 2001. Ketika itu trend memuat turun ringtone sangat popular dan jumlah penghantaran SMS di Malaysia memuncak naik. Saya tidak mahu ketinggalan dan mula membuat bacaan dan kajian sendiri mengenai industri SMS.

Saya dapati perkara yang melengkapi kitaran sesuatu transaksi SMS adalah dengan mendapatkan sistem SMS termasuklah keyword dan kod  5 digit seperti 32999. Oleh itu saya telah bertemu dengan sebuah syarikat untuk membantu saya membangunkan sistem SMS seperti yang saya inginkan.

Saya menghabiskan masa selama 5 bulan dan RM12,000 hanya untuk membangunkan satu sistem SMS mudah untuk menganjurkan undian secara SMS! Yang lebih memedihkan, sistem SMS tersebut memang jauh dari expectation saya, malah boleh saya katakan ia tidak berbaloi dengan wang yang saya keluarkan!

Seksa, memenatkan dan kecewa! Mahal betul harga sebuah pengalaman yang saya lalui. Malah kesilapan paling bodoh kerana saya telah melaburkan sejumlah besar wang untuk suatu sistem yang saya sendiri belum tahu kebaikannya!

Hati saya masih belum terubat dengan pengalaman tersebut, malah bertambah sakit hati bila mengetahui ada sistem SMS boleh didapati secara PERCUMA! 

 

 

INFO GATEWAY SMS #1 : Apakah Aplikasi SMS & SMS Hosting ?

Aplikasi SMS merujuk kepada  sistem yang membolehkan kita mengkonfigurasikan perkhidmatan SMS kita sendiri tanpa bergantung kepada pihak lain.

Pihak yang menyediakan Sistem SMS ini ini disebut Penyedia Perkhidmatan SMS atau SMS Gateway Provider. Mereka ini juga dikatakan menyediakan perkhidmatan SMS Hosting. Di dalam industri telekomunikasi, mereka ini digelar Penyedia Kandungan Luar (External Content Provider). Mereka ini adalah syarikat yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan infrastruktur penyambungan dengan telco seperti Maxis, DiGi dan Celcom. Mereka juga menyediakan keyword (seperti AFUNDI) dan juga kod pendek 5 digit (seperti 32929).

Perkhidmatan mereka ini boleh dilanggan. Ini bermakna anda tidak perlu memohon menjadi SMS Gateway Provider atau membangunkan sistem SMS yang mahal seperti kesilapan yang saya lakukan. Sebaliknya, anda boleh melanggan perkhidmatan ini dari SMS Gateway Provider sahaja dengan bayaran tertentu.



Adakah Anda Juga Pernah 'Terkena' Seperti Saya?

Saya banyak menerima email daripada anda yang bertanyakan tentang 1001 soalan sistem SMS. Saya boleh jangkakan tentunya anda yang baru ingin bermula (business newbie) dengan perniagaan SMS akan mengalami masalah sama yang saya hadapi pada 2001.

Saya boleh mengandaikan bahawa terdapat 5 MASALAH UTAMA newbies apabila ingin bermula :

1. Anda tidak faham apa-apa tentang sistem, server dan juga gateway SMS. Anda cuba-cuba, atau main terjun sahaja! Kurang kajian dan bacaan tentang perkhidmatan ini menyukarkan anda untuk memilih SMS Hosting yang betul.

2. Anda keliru kerana terdapat terlalu banyak pilihan SMS Hosting. Bila taip sahaja di Google,berpuluh-puluh pilihan yang ada. 

3. Pakej yang susah untuk difahami dan terlalu canggih. Kadang-kadang mata anda dikaburi dan terpedaya apabila melihat betapa banyak dan lengkapnya sistem SMS itu sedangkan kebanyakan dari sistem tersebut tidak pun anda gunakan!

4. Tidak pasti SMS Hosting yang anda inginkan, apakah fungsinya, apa yang boleh dilakukan dan bagaimana pengendalikannya. Ada dikalangan SMS Gateway Provider ini hanya mahu menjual kepada anda tanpa mempedulikan keperluan sebenar anda.

5. Harga yang tinggi dan tidak munasabah. Walau pun mungkin bukan sebanyak RM12,000 seperti saya, perbezaan RM100 juga sudah membawa perbezaan.

  

 
Tahukah Anda ?
 

  Ada Yang Telah Membayar 
RM1,000, RM5,000 RM10,000 malah RM50,000
Untuk Hosting SMS Tersebut.

 

Tetapi Disini, ANDA Yang Tentukan Harganya !

 

Ada juga yang terperangkap dengan pelbagai Skim Perniagaan SMS. Ini kerana seseorang itu tidak dapat membezakan antara sistem SMS dan juga skim perniagaan SMS.

Saya sendiri mempunyai pengalaman dengan beberapa 'mangsa' yang merasa diri mereka terpedaya dengan skim-skim ini. Kebanyakan dari mereka mengadu bahawa apa yang dijanjikan oleh penganjur skim perniagaan tersebut tidak sama dengan keadaan sebenarnya. Mereka terasa tertipu!

Apakah Skim Perniagaan SMS ?

Adalah sebuah konsep perniagaan yang menggunakan SMS sebagai objek perdagangan. Cara penggunaan SMS di dalam skim ini adalah banyak, sebagai contoh menjual sistem SMS melalui multi-level marketing, menjual top, membuat downline melalui SMS, menjual pakej-pakej sistem SMS, menjadi ahli dan sebagainya.

Skim-skim ini biasanya bergerak dalam satu syarikat yang menawarkan pakej-pakej perniagaan kepada prospek. Biasanya prospek dikehendaki membayar sejumlah bayaran untuk mendapatkan sesuatu produk atau ganjaran. Kadang kala ia dikaburi dengan pelan pemasaran dan juga model perniagaan yang memberi gambaran bahawa prospek akan memperolehi pendapatan sekiranya menyertai skim ini.

Awas dengan skim perniagaan SMS yang bersifat manipulatif!  Kebanyakan fakta untuk melariskan skim mereka kebanyakannya adalah rekaan dan sebenarnya sangat mustahil untuk dicapai dalam dunia realitinya.

Sekiranya Anda Masih Terkeliru,

Anda Sememangnya Memerlukan Bantuan

Dengan sedikit inisiatif, saya ingin melaksanakan sesuatu yang boleh mengubah keadaan ini. Saya telah lakukan ini selama lebih satu tahun, dan kini saya bersedia untuk membantu anda.

Aplikasi dan pakej yang ditawarkan disasarkan kepada :

Anda yang baru bermula dengan perniagaan SM (newbie)

Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang besar untuk memiliki aplikasi SMS sendiri

Anda yang mempunyai keraguan untuk membayar aplikasi yang mahal.

Anda yang ingin menggunakan aplikasi SMS sekadar percubaan sahaja.

Anda yang mahu menggunakan aplikasi SMS dalam masa yang singkat.

 

Pakej Ini Memudahkan Anda
Memilih Apa Yang Anda Mahu Sahaja!

Anda tidak perlu lagi runsing harga sistem SMS yang berharga beribu-ribu ringgit. Dengan tawaran RM1 untuk sehari, anda pasti tersenyum!

Anda tidak lagi keliru dengan pakej aplikasi yang hendak dipilih. Hanya pilih apa yang anda mahu!

Setiap 1% profit sharing hanya bernilai RM6 sahaja!. Nisbah perkongsian keuntungan (profit sharing) adalah mengikut nisbah yang anda mahu. 

Memberikan anda khidmat nasihat bagaimana untuk mengkonfigurasikan sistem ini bagi memenuhi keperluan bisnes SMS anda.

Menyediakan khidmat sokongan sekiranya berlaku masalah dengan aplikasi SMS sepanjang tempoh langganan.

 

INFO GATEWAY SMS #2 : Apakah Profit Sharing Trafik SMS ?

Apabila pelanggan menghantar SMS kepada perkhidmatan SMS anda, mereka akan dikenakan caj. Caj tersebut adalah antara RM0.30 sehingga RM5 dimana ia dipotong dari kredit pelanggan atau dibilkan kepada mereka. Caj ini boleh anda perolehi sebagai suatu pendapatan. Anda akan berkongsi pendapatan ini dengan penyedia perkhidmatan gateway dalam nisbah tertentu.

 

Apakah Aplikasi Untuk Anda ?

Saya hanya boleh menawarkan anda untuk mendapatkan HANYA aplikasi-aplikasi seperti berikut:

Aplikasi #1 : Information On Demand

 

IODInformation on Demand secara asasnya menyediakan suatu plaftform untuk membolehkan pelanggan anda berinteraksi dengan anda. Pelanggan anda yang meminta perkhidmatan, bersetuju untuk membayar sejumlah harga SMS yang dikenakan untuk berinteraksi dengan anda. 

Bagi sesebuah perniagaan, SMS IOD membolehkan anda menghantar SMS kepada setiap pelanggan apabila pelanggan memintanya dan pelanggan akan dikenakan bayaran secara ‘reverse billing’ terhadap setiap SMS yang masuk ke telefon bimbit mereka.  

Contohnya adalah sekiranya anda menyediakan perkhidmatan waktu solat, maka setiap SMS waktu solat yang dihantar ke pelanggan akan dikenakan caj. Anda boleh mencipta banyak keyword dibawah satu Master Keyword bagi membolehkan anda mempunyai lebih banyak format unik dalam parameter SMS anda.

 

Aplikasi #2 : SMS2Email

SMS2EmailSMS2Email pada asasnya digunakan untuk menyebarkan maklumat berdokumen. Pelanggan akan meminta dokumen menggunakan SMS, dan dokumen tersebut akan dihantar ke emailnya. Pelanggan akan dikenakan caj melalui konsep 'reverse billing'.

Ini membolehkan usahawan menjual produk-produk digital seperti ebook, ringtone, lagu, video dan sebagainya dengan kaedah pembayaran melalui telefon bimbit. Ini akan memudahkan pelanggan membeli produk daripada terpaksa pergi ke bank atau secara manual bank in.

SMS2Email berfungsi dengan cara anda menetapkan apakah jenis dokumen yang boleh dihantar ke email pelanggan. Biasanya dalam format digital seperti PDF, ringtone, imej atau video yang bersaiz tidak lebih 25MB.

Sebagai contoh, pelanggan ingin membeli ebook anda yang berharga RM7. Maka pelanggan akan menaipkan

BUY<jarak>KODEBOOK<jarak>EMAIL dan hantarkan ke 32211

Pelanggan akan menerima satu SMS yang menyatakan bahawa ebook tersebut telah dihantar melalui email.

 

Aplikasi #3 : SuperSubscriber

SuperSubscribeBagi sesebuah perniagaan, SuperSubscriber membolehkan anda menghantar SMS kepada setiap pelanggan didalam pangkalan data dan pelanggan akan dikenakan bayaran secara ‘reverse billing’ terhadap setiap SMS yang masuk ke telefon bimbit mereka.  

Sebagai contoh, anda menganjurkan perkhidmatan langganan tips penjagaan kecantikan wanita. Setiap tips yang dihantar oleh anda dikenakan caj SMS sebanyak RM3. Untuk pelanggan menyertai perkhidmatan anda, akan menaip ON[jarak]TIPS dan dihantarkan ke 32211.

Sehinggalah pelanggan membuat permintaan untuk keluar dari langganan (unsubscribe), SuperSubscriber menjadi satu model perniagaan yang popular kerana wujud trend kerana kemampuannya untuk menjual produk digital dan berbentuk pengetahuan, kepakaran dan pengalaman.

 

Aplikasi #4 : VivaVote

 

VivaVoteVivaVote digunakan bagi tujuan untuk mendapatkan undian, maklum balas atau pungutan suara dari pelanggan anda. Program rancangan TV realiti seperti Akademi Fantasia, Mentor dan One In A Million menggunakan SMS Voting untuk membolehkan penonton menghantar SMS untuk mengundi calon-calon yang bertanding.

 

 

Aplikasi #5 : CashContest

 

CashContestCashContest adalah satu aplikasi SMS yang boleh diuruskan melalui web. CashContest secara asasnya membolehkan anda menganjurkan pertandingan seperti kuiz, teka teki, teka kata dan sebagainya. Pemenang pertandingan pula boleh dipilih mengikut jumlah jawapan yang betul, pemenang yang paling pantas menjawab, penyertaan yang paling banyak dan sebagainya.

 

 

Aplikasi #6 : SpeedSlogan

SpeedSloganSpeedSlogan  membolehkan anda menganjurkan pertandingan berasaskan kata-kata seperti slogan, motto, tema, kata-kata penghargaan, ucapan selamat dan yang seumpama dengannya. Dengan SpeedSlogan, tidak semestinya perlu dianjurkan pertandingan tetapi seperti ucapan penghargaan, ucapan selamat dan sebagaimana adalah kaedah biasanya digunakan untuk sebarang sambutan tertentu seperti hari Merdeka atau musim perayaan.

Bagi sesebuah perniagaan, SpeedSlogan membolehkan pengguna telefon bimbit menghantar teks dan menyertai kempen slogan anda dan pelanggan akan dikenakan bayaran secara ‘reverse billing’ terhadap setiap SMS yang dihantar dari telefon bimbit mereka.

Aplikasi #7 : FunChat

FunchatAnda boleh menganjurkan bilik maya virtual untuk bersembang di internet. Konsep ini merupakan ciri-ciri tambahan yang ada dalam sistem chatting di internet, dimana SMS dijadikan medium untuk menghantar dan menerima teks chatting tersebut. Perniagaan FunChat merupakan perniagaan yang popular di kalangan golongan muda, di mana FunChat menawarkan platform untuk berkenalan dan mencari rakan. 

Disebabkan FunChat menjanjikan keseronokan yang lebih kepada golongan muda, banyak sistem FunChat diwujudkan terutama di internet dan juga melalui peti televisyen.

  

 

Disertakan Pakej Mula Sendiri dan Video Tutorial

video

Anda akan diberikan link URL untuk menonton video tutorial ini. Didalam video ini akan menerangkan tentang bagaimana anda ingin mengkonfigurasikan aplikasi SMS anda sendiri. Setiap aplikasi yang ditunjukkan adalah mudah untuk diikuti dan dapat meningkatkan kefahaman anda terhadap aplikasi yang anda gunakan.


Preview Video Tutorial VivaVote

Video ini dapat memberikan anda pemahaman yang lebih lanjut bagaimana sesuatu perniagaan SMS itu dikonfigurasikan dan bagaimana ia diselenggarakan. Ini termasuk bagaimana untuk mengubah profile, mengubah maklumat bank, membuat setting terhadap keyword dan meletakkan caj setiap SMS.
 


Sekiranya Anda Menjumpai Perkhidmatan 
Yang Lebih Baik,
Lebih Murah & Lebih Efisien,

Anda Boleh Beralih Kepada Mereka!

 

Anda boleh buat perbandingan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan gateway SMS yang lain. Bandingkan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pakej ini adalah pakej istimewa yang ditawarkan oleh Akademisms.com. Insiatif ini bukan berasaskan keuntungan tetapi dapat menggalakkan anda untuk bermula.

 

Setiap pakej yang ditawarkan memudahkan anda untuk memilih aplikasi dan pakej harga yang anda mahukan. Tiada siapa yang boleh menentukan harga kecuali diri anda sendiri.

Dengan caj pengaktifan yang minima sebanyak RM90 sahaja, anda boleh menentukan sendiri tempoh langganan anda dengan caj langganan hanya RM1 sahaja. Begitu juga dengan jumlah profit sharing, dengan hanya RM6, anda boleh meningkatkan 1% profit sharing untuk anda.

 

Melalui pakej ini anda dapat menentukan jumlah profit sharing SMS yang anda inginkan dan hari langganan anda. Ini dapat memberikan keselesaan kepada anda untuk menentukan bajet anda.

 


Disini Anda Yang Tentukan Harganya !


Untuk mendapatkan aplikasi ini, anda hanya perlu mengikut 3 Langkah Mudah!

1. Pilih Aplikasi 

Anda boleh memilih mana-mana aplikasi yang anda suka.

2. Pilih Jangkamasa Langganan

Anda boleh memilih seminima 30 hari langganan sahaja. Hanya RM1 untuk setiap pertambahan hari langganan!

3. Tetapkan Profit Sharing Yang Dikehendaki

Anda boleh memilih seminima 20% profit sharing. Hanya RM6 untuk setiap pertambahan peratus profit sharing!


 

BuyNow

OrderNow

Tiada Tawaran Sehebat Tawaran Ini
Tiada Sebab Anda Tidak Mampu Untuk Miliki!

 

  Cuba lihat contoh pemilihan pakej berikut :

Senario #1 : Ahmad ingin mendapatkan aplikasi FunChat dengan 30 hari langganan dan 20% profit sharing.

        Pakej Pilihan         : FunChat

        Caj Pengaktifan    : RM90

        Caj Langganan     : RM30 (30 hari x RM1)

        Caj Profit Sharing : RM120 (RM6 x 20 dimana RM6 untuk 1%)

Jadi, jumlah bayaran yang dikenakan kepada Ahmad adalah 

RM90 + RM30 + RM120 = RM240 sahaja!


 

Senario #2 : Salleh ingin mendapatkan aplikasi VivaVote dengan 90 hari langganan dan 50% profit sharing.

        Pakej Pilihan         : VivaVote

        Caj Pengaktifan    : RM90

        Caj Langganan     : RM90 (90 hari x RM1)

        Caj Profit Sharing : RM300 (RM6 x 50 dimana RM6 untuk 1%)

Jadi, jumlah bayaran yang dikenakan kepada Salleh adalah 

RM90 + RM90 + RM300 = RM480 sahaja!


Tawaran Yang Baik Bukan Untuk Selamanya
Hanya Untuk 50 Langganan Sahaja

Bagi anda yang bertindak untuk mendapatkan sekarang, anda bertindak bijak :

BONUS #1 (Bernilai RM30)
30 Hari Langganan Tambahan Percuma!

Jika anda melanggan sekarang, anda akan memperolehi 30 hari langganan percuma. Ini bermakna sekiranya anda melanggan untuk 30 hari, anda akan memperolehi tambahan 30 hari yang menjadikan hari langganan anda adalah 60 hari. Dan ini adalah percuma!

BONUS #2 (Bernilai RM365)
Jaminan Harga Kekal RM1 Sehari Untuk Setahun !

Harga langganan RM1 sehari sekarang ditawarkan pada kadar promosi. Kemungkinan akan dinaikkan sedikit masa lagi apabila tawaran ini telah sampai ke langganan yang ke 50. Mungkin akan dinaikkan menjadi RM5 atau RM10! Manalah tau! Dengan mendapatkan melanggan sekarang, anda akan mengunci harga langganan kekal menjadi RM1 untuk sehari apabila anda ingin memperbaharui langganan anda dalam masa setahun. 

BONUS #3 (Bernilai RMxxx)
Jaminan Harga Profit Sharing Kekal RM6 Untuk 1% Selama Setahun!

Nilai profit sharing ini akan berubah-ubah dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia akan naik dalam beberapa ringgit untuk satu peratus. Kenaikan ini mungkin disebabkan oleh pertambahan kos dan sebagainya. Apabila harga satu peratus naik, maka harga langganan anda juga akan bertambah. Dengan melanggan pakej ini, harga setiap peratus profit sharing ini akan kekal 'dikunci' untuk anda selama setahun.

BONUS #4 (Bernilai RM170)
Jemputan Eksklusif Preview Program Mentor Bisnes SMS

CouponPreviewSuatu Program Baru akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan kerjasama pihak Majlis Amanah Rakyat untuk melatih usahawan-usahawan SMS yang berpotensi. Program ini akan dikendalikan secara bersama dengan matlamat untuk menjadikan perniagaan anda berjaya. Kos program ini sedang dibincangkan dengan MARA untuk menyediakan peruntukan bagi tujuan latihan.

Anda akan dijemput untuk datang ke majlis preview tersebut dan berpeluang untuk menjadi salah seorang peserta program ini nanti.

 


 BuyNow

OrderNow

"Now Everyone Can Do SMS Business!"

 

Sign

 

p/s : Sekiranya pakej ini tidak sesuai untuk anda, hubungi saya kerana saya ingin tahu apa yang membuatkan anda masih belum bermula bisnes SMS.Saya akan sentiasa memastikan pakej yang anda terima adalah pakej terbaik, termurah dan mampu dimiliki.


p/p/s : Apa pun, saya tidak pasti sama ada boleh menawarkan pakej langganan yang seistimewa ini. Keadaan yang istimewa biasanya jarang boleh diperolehi dengan mudah!

 


 

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :

Sales Team / En Helmi
Tel : 013-2295944 Fax : 03-80631793
info@akademisms.com
(Waktu Perkhidmatan Pelanggan : 9am - 5.30pm Isnin - Jumaat )

Untuk Sebarang Surat Menyurat, Sila Alamatkan :
Irwan Dahnil
d/a Richmentech (M) Sdn Bhd
43-3-2, Jalan Puteri 4/1, Boulevard 1,
Bandar Puteri 47100 Puchong Selangor
(Kehadiran dengan temujanji)

 
 Privacy Policy | Earning Disclaimer | Anti Spam Policy | Terms & Condition | Blog Irwan Dahnil